Adakah anda hampir setiap hari menggunakan eye shadow ke pejabat? Boleh jadi ini yang membuat kulit sekitar mata menjadi kering dan timbul kerutan. Padahal usia anda belum lagi mencecah 30an.
Bagaimana caranya agar kulit sekitar mata tidak mengalami proses penuaan? Berikut tip mengatasi kulit mata yang kering dan berkedut.
Kulit kering memang salah satu penyebab kerut. Kerana itu sebaiknya tidak hanya kulit wajah yang diberi pelembap, tetapi juga kulit sekitar mata.
Selain menggunakan krim anti penuaan yang berkesan memerangi faktor penuaan pada kawasan mata, gunakan juga eye shadow yang mempunyai kandungan pelembap semulajadi.
0 comments:
Post a Comment