#AWANIpagi 5 Tip Penjagaan Leher Agar Tidak Cepat Kedut



Wajah bukan satu-satunya fokus kita dalam melakukan rawatan. Leher juga harus dirawat. Kita harus menjaganya dengan baik agar leher tidak cepat kendur, mengeriput, menghitam dan mengganggu penampilan anda nantinya! Berikut lima tip penjagaan leher.

1. Hati-hati menggunakan aksesori berbaham logam untuk kulit leher yang sensitif kerana akan menimbulkan reaksi alergi dan meninggalkan warna kehitaman pada permukaan kulit.

2. Gunakan pelindung matahari SPF 30 hingga ke leher untuk melindungi kulit dari sinar UV. Selain itu, menggunakan scarf atau baju turtle neck boleh jadi salah satu cara berkesan melindungi leher dari radiasi sinar UV.

3. Tiap membersihkan wajah, bersihkan juga kawasan leher. Kulit leher mempunyai kecenderungan memerangkap habuk dan peluh sehingga terkumpul pada permukaan kulit dan membuat leher kelihatan lebih gelap daripada wajah. Biasakan membersihkan wajah dan leher secara keseluruhan, ya.

4. Urut leher menggunakan almond oil sebulan sekali untuk melancarkan peredaran darah.

5. Elakkan menyembur minyak wangi di leher saat akan bekerja di luar. Beberapa kandungan parfum-terutama yang berbahan citrus-mengandung psoralens, iaitu zat yang boleh menyebabkan overstimulasi pigmen sehingga menimbulkan kesan hitam jika dicetuskan oleh sinar UV. Semburkan minyak wangi pada pergelangan tangan, di balik siku dan dada.





0 comments:

Post a Comment