KEDUTAN ???



Kedutan halus memang boleh menjadi igauan buruk bagi sebahagian wanita kerana berkaitan dengan masalah penuaan kulit. Itulah sebabnya, banyak pengeluar kecantikan melancarkan pelbagai produk yang dilabel anti-wrinkle yang pada dasarnya berfungsi meningkatkan struktur serta keadaan kelembapan dan kekenyalan kulit agar terhindar daripada masalah kedutan, dan bukan menghilangkan kedutan.

Mengapa demikian? Kerana, kedutan pada kulit muncul sebagai akibat dari berkurangnya kadar kolagen pada kulit yang menjadi agen penting dalam mengekalkan kelembapan dan kekenyalan kulit. Dan, untuk meningkatkan kadar kolagen tersebut tidak cukup hanya dengan memakai produk topikal semata. Diperlukan lebih daripada sekadar 'kandungan kolagen' daripada produk penjagaan kulit untuk membantu merangsang pengeluaran kolagen semula jadi kulit.

Formulasi yang terkandung dalam set Natasya Gold memperbaiki struktur kulit sekaligus menyembunyikan kedutan halus pada kulit. Malah, kandungan tersebut di atas diyakini boleh membantu menyamarkan jeragat, meratakan warna kulit, dan menghaluskan kulit.

0 comments:

Post a Comment