Natasya Princess taja siaran sorotan utama SUKMA di TV3



PETALING JAYA: Jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit berasaskan herba asli, Natasya Princess, berkolaborasi bersama TV3 buat pertama kali sebagai penaja utama siaran sorotan utama Kejohanan Sukan Malaysia ke-18 (SUKMA) di Sarawak, bermula 22 Julai ini. Menerusi tajaan itu, TV3 akan memaparkan sorotan utama acara sukan kebangsaan yang bakal berlangsung di Sarawak tahun ini melalui segmen sukan di program berita Buletin Utama bermula 22 Julai ini sehingga 31 Julai. Ketua Pegawai Eksekutif, Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd, Datuk Suhaimy Othman, berkata kos tajaan hampir mencecah RM500,000 turut menampung perbelanjaan sembilan petugas media TV3 sepanjang SUKMA berlangsung. "Buat pertama kali, syarikat kami menaja acara sukan kerana percaya atlet juga perlu menjaga kecantikan walaupun selalu bersukan, malah produk yang diketengahkan ini sesuai untuk mereka yang aktif melakukan aktiviti luar. "Kolaborasi ini adalah langkah pemasaran terkini syarikat dalam mencapai sasaran pengguna yang baharu. "Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara ikonik ini. "Berbanding permulaan operasi perniagaan kami, ini adalah pencapaian besar kerana dapat menaja media terutama TV3 dalam acara sukan," katanya pada sidang media SUKMA ke-18 bersama Natasya Princess di Sri Pentas, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah dan Editor Sukan TV3, Abdullah Sani.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174757

#produknatasya #natasyaprincess #cuitcuitdahcantik #sukmasarawak #sukma2016

0 comments:

Post a Comment