1) Katanya ... terlalu lama berdiri di bawah sinar matahari boleh menimbulkan kulit berkerut.
Fakta! Sinar matahari mencetuskan timbulnya pembentukan pigmen juga kedutan kerana adanya penyejatan yang menyebabkan kulit jadi lebih kering. Kalau dibiarkan terus akan cepat kedut. Sinar matahari juga boleh menyebabkan kanser bila selama bertahun-tahun kita sentiasa berada di bawah sinar matahari langsung, terutama bila kerjaya menuntut kita memerlukan berada di luar terus-menerus. Oleh kerana itu, sunblock sangat diperlukan.
2) Katanya ... green tea boleh melicinkan kulit.
Betul. Teh hijau mengandungi antioksida yang tinggi dan ada kemungkinan juga menghasilkan zat-zat lain yang dapat menghaluskan kulit.
3) Katanya ... deodoran atau mencukur bulu ketiak menyebabkan kulit ketiak hitam.
Mitos, kecuali pemakai deodoran alergi terhadap beberapa zat di dalamnya. Namun, selama dia tidak alergi terhadap zat-zat yang terkandung dalam deodoran maka tidak akan membuat ketiak menghitam. Terus mencukur bulu juga tidak membuat ketiak menjadi hitam, tuh.
4) Katanya ... menggaru kulit pada saat haid akan meninggalkan scratch mark di kulit seseorang.
Mitos! Scratch mark terbentuk kerana hormon ketika haid membuat pertumbuhan badan berubah. Pinggul jadi membesar, payudara juga ikut membesar. Pembesaran-pembesaran itulah yang membentuk scratch mark-bukan garukannya.
5) Katanya ... krim malam tidak boleh dipakai pada siang hari.
Sebetulnya krim malam ada bermacam-macam. Ada juga yang boleh dipakai pagi hari kerana selamat. Krim malam tidak boleh dipakai di siang hari bukan kerana menimbulkan kesan sampingan, tetapi kurang berfungsi. Pasalnya, krim malam tersebut boleh teroksida matahari di pagi mahu pun siang hari. Jadi, bukan masalah bahayanya.
6) Katanya ... penggunaan minyak wangi tak boleh langsung ke kulit.
Hal ini tidak mutlak. Namun, hal ini berlaku pada orang-orang tertentu yang sensitif atau alahan terhadap wangian. Kalau orang yang kulitnya tahan boleh memakainya mengenai kulit.
7) Katanya ... tidur dengan posisi miring membuat kulit muka cepat mengendur.
Boleh saja kerana berkaitan dengan graviti. Kalau posisi miring maka ada salah satu sisi yang lebih tertarik oleh graviti sehingga kulit di bahagian tersebut lebih dalam.
8) Katanya ... sering scrub badan tidak baik untuk kulit.
Bergantung dari bahan lulur yang digunakan iaitu butiran halus atau kasar (scrub). Kalau butirannya tidak terlalu kasar tidak akan merosakkan kulit. Bila yang digunakan butiran kasar sebaiknya jangan terlalu sering. Gosokan yang terlalu keras memang boleh merosakkan kulit. Fyi, kulit tumbuh dalam masa 28 hari hingga satu bulan.
9) Katanya ... lampu harus dimatikan saat kita tidur di malam hari.
Fakta! Lebih baik dimatikan kerana bila lampu menyala secara tidak disedari otot wajah mengecut. Sinar akan membuat otot wajah tidak rileks atau penguncupan sehingga kulit di atasnya berkerut. Lama-lama kulit jadi lebih cepat berkerut.
10) Katanya ... jerawat di punggung timbul kerana pemakaian conditioner
Mitos! Wajah, dada, punggung, dan bahagian atas bahu memang jadi tempat-tempat tumbuhnya jerawat. Kalau sudah 'bakat' maka bukan salah pemakaian perapi.

0 comments:
Post a Comment